Tuesday, March 31, 2009

new post ni...

Saturday, October 4, 2008

Singgah sebentar di IMPIAN MUSHROOM

Sedikit cerita untuk dikongsi..akak singgah sebentar di Impian Mushroom kepunyaan En. Rais...

Bangku yang diguna..kreatif..nak wat maintanance bongkah yang tinggi


Cendawan tiram putih pun ada...









Lama tak update blog sebenarnya.Tiada berita menarik nak dikongsi mungkin..cuma sesekali ber sms dengan rakan-rakan pengusaha..CKm masih menjalan aktiviti seperti biasa..ke bangsal, tuai cendawan, dan juga aktiviti rutin..supply ke pasaraya dan juga beberapa organisasi yang dah jadi pelanggan cendawan segar CKm..

Dalam bulan puasa ni, permintaan cendawan meningkat 40%. Lelah juga dalam memenuhi order, tp syukur ada beberapa rakan pengusaha sekitar membantu..kira dah jadi satu team..siapa tak cukup..masing-masing membantu....

aaa..dalam ramadhan lepas (16/9/08), sempat la akak singgah di Impian Mushroom..itu pun dari perjalanan balik dari Johor Bharu(umah mentua). Terima kasih pada En. Rais dan isteri P. Norizan atas layanan yang manis..sempat la melihat sekitar tempat operasi IM..kerdil je diri CKm kalau nak dibandingkan dengan IM..dalam kekaguman tu sempat juga akak snap beberapa gambar untuk dikongsi.




Saturday, August 23, 2008

PRODUK DARI CKm





Alhamdullilah..CKm maju setapak lagi..sekarang tengah nak operate industri hiliran untuk cendawan keluaran CKm sendiri selain cendawan segar dan juga tepung goreng cendawan.. karipap cendawan frozen..sekarang tengah deal ngan PPK(pertubuhan Peladang Pahang) dan insyaallah akan di proceed ke Mardi.Doakan CKm ye.
Dan untuk kawan-kawan yang akan menghadiri perjumpaan GCSM esok..CKm berharap akan ada dapatan dan input yang berguna untuk kebaikan semua pengusaha cendawan.Satu usaha yang bagus KULAT...


















CENDAWAN CKm DI PASARAYA.

Wednesday, August 20, 2008

cendawan!cendawan!


Asam pedas udang cendawan..
Da lama tak update blog. Sebenarnya tak banyak cerita menarik yang nak di kongsi lebih-lebih lagi gambo yang akak simpan dalam kamera ilang masa upload dlm pc tadi..adehh..puas dicari tak dijumpai..tapi akak sure aje ada dalam pc ni cuma dok dlm gua mana la menyoroknye.
Emm..cendawan kat kuantan ni mmg tetap tak mencukupi..akak yg amat terasa bahangnya..dah la hasil dari bangsal akak di Bukit Goh tak dpt menampung penduduk felda tuh, warga skolah, pusat kesihatan, polis dan seme2 lah..mmg nak harap bangsal kecik akak tu tak dpt nak tolong pemasaran akak..tp mujur akak ada kawan2 yg back up dari belakang. dari merekalah yang akak dpt supply...tp..kuantitinya tetap tidak cukup juga..

Wednesday, July 30, 2008

Situasi di kediamanku......


Sebahagian stok peralatan membuat bongkah..

Bangsalku...nadiku !!!



This is may bangsal...hehehehe..mesti ramai nak tengok kan..kecil je kalau nak banding ngan kengkawan kat luar sana.

Thursday, July 10, 2008

Antara cita dan cinta



Bunga bakawali- putih dan bersih. Banyak kelopak dan agak harum masa kembang penuh.
Cantik sungguh dan kata orang tua-tua..inilah bunga kayangan..waaa..benarkah?


Tengok tajuk post tu..gerun tak..hehehe..tak de apa sebenarnya..cuma nak ckp seantero dunia..cendawan fokus akak, bunga dan nature adalah minat akak...itu je.asal ada bunga..mesti akak snap..buat koleksi..nama pun pompuan ek..
Hari ni akak baca post kawan-kawan..terima kasih pada Syed CSU, CM dan Permai Desa..walau tak kenal..tp akak ucapkan terima kasih sbb sentiasa beri sokongan pada akak n CKm..eh tau tak..awk awk nye blog pun akak selalu tgk tau...
Dan..dpt satu called..confirmation order 2k..alhamdullillah.



Wednesday, July 9, 2008

Pabila Cendawan Itu Kembang.....kembang jua semangatku !!!


gambar-gambar cendawan yang mengujakan di dalam bangsal
Banyak yang berlaku hari ni..akak dpt called dari ramai orang bertanyakan cendawan.Terima kasih pada En. Zainal sbb promotekan Cahaya Khadija kepada peserta kursus membuat cendawan anjuran Jabatan Pertanian Pahang. Petang tadi juga, akak didatangi oleh seorang pemuda yang pada hemat akak la..sgt berminat nak mulakan projek ni..
Ptg tadi juga..akak dapat keputusan yang mmg akak nantikan..akak dpt projek untuk membekalkan cendawan ke sebuah pasaraya di Kuantan..alhamdullilah..akak harap ini akan berterusan..tp..kelam kabut juga..sbb akak lack of supply..contact ramai kawan2..dan alhamdullilah..cukup juga kuantiti yg disyaratkan...esok..for sure..kerja2 pembungkusan la akan dilakukan

hari yang best...

Hari ni paling best la rasanya..akak dpt naik Nuri..ye lah orang kampung mcm akak ni, anak peneroka..mana la senang dpt peluang cm ni..dan yang pasti..buat sesaat..akak lupa perihal cendawan.

Thursday, July 3, 2008

Minggu yang tak cukup masa.


Pic anak sulung akak la ni..masa ni dia berumur 9 bulan..sekarang dah 12 tahun pun..kak yah mesti belajar bersungguh-sungguh tau..mama, papa dan adik-adik sentiasa doakan kejayaan kakak dlm UPSR nnt.
Minggu ni akak tak concerntrate langsung kat bangsal..tp lebih kepada memenuhi keperluan untuk menyediakan barang-barang asas untuk pembuatan bongkah mereka yang memerlukannya..barang-barang stok yg sampai minggu lepas pun akak lom bawa balik ke kg utk letak dlm stor..tak pe lah..buat masa sekarang barang-barang tu lepak je kat site terrace akak..hirup udara laut tiap-tiap petang..hehehehe.
Hari sabtu ni..abang ckp..jgn ada kerja lain..sabtu ni kena balik..jenguk bangsal..bongkah dah rindu akak lah tu..mak akak ada ckp..selasa lepas ada orang dari FELDA datang..nak interview akak..uiks..akak pelik gak..apa dan mengapa dorang nak jumpa akak. Nantilah akak wat appoinment ngan mereka..ish..cuak juga...nak taja akak belajar ke apa? yelah bila akak baca modul mesyuarat agung Koperasi..ada imbuhan untuk anak2 yg melanjutkan pelajaran..wa..kalau betul..akak la diantaranya..kena apply ni..rugi kalau tak apply...dan untuk kesekian kalinya ayat mak sebelum letak telefon.."kalau balik jgn lupa bawa cendawan jugak..sini tak cukup..orang beratur....."itu lah keadaan akak dan kawan-kawan pengusaha lain di sini..sentiasa tak cukup bekalan utk memenuhi permintaan orang ramai..

Sunday, June 29, 2008

Antara sejarah dan penemuan


Penghataran bongkah yang dijanjikan hari ini terpaksa dihantar semalam..transport problem..nasib baik adik yg mengorder sudi menerima.semalam dalam hujan lebat, dengan hari yang gelap dan juga sbb senja yang mmg nak gelap..hehehe...seme gelap bah..berjaya juga lah kerja-kerja pemindahan tu..ikut kiraan jam ..makan masa hampir 4 jam..start at 6pm ..end at 10.15pm..mujur ramai adik-adik yang menolong semasa proses pemindahan tu..dlm 8 orang kot!.

Melihat adik-adik ni..muda belia..hati akak terdetik..rezeki Allah di mana-mana dan mereka mmg grap peluang ni..dengan semangat dan kesungguhan..mereka bekerja..tekun..akak doakan mereka berjaya dalam bidang yang mereka terokai ini walaupun baru berusia 3 bulan.Dan mereka kalangan yang bertuah kerana di bawah naungan Pertubuhan Peladang Negeri Pahang...

Mereka buat cendawan ni secara share..5 orang...setiap tuaian akan dihantar kepada Peladang untuk diuruskan..bagus kan cm ni..tak yah nak fikir mana nak pasarkan..apa pun..tahniah juga untuk Peladang yang berinisiatif dalam pembangunan ekonomi bidangan luar bandar..wah..wah..major akak ni..Geografi Ekonomi maa..hehehe..

Saturday, June 28, 2008

Friday, June 27, 2008

customer is priority

Sedang wat keje2 rutin pagi tadi, akak dpt call dari sorang kawan..nak 8k bongkah katanya.terkunang2 akak..antara percaya ngan tidak..senyum tak senyum, bolehkah akak adakan permintaan adik akak yg sorang ni..?
Lama dulu dia mmg ada kata nak order bongkah ngan akak..tak sangka dia serius..tak sangka dia sorang yang tepati janji..alhamdullilah..Maha Kaya Allah. akak dpt penuhi impian adik akak sorang ni..dan insyaallah penghantaran akan dibuat Ahad nnt..AHAD..phew..akak da ilang satu sayap..adik yg byk tolong akak bertunang la pulak..nak tak nak akak kena jadi chief...mujur abang sayang ada..dan untuk kesekian kalinya..dia kena amik cuti tahun lagi..semua demi akak la..emm..byk nak pk AHAD ni..Peksa PTP akak,kerja sambilan akak, nak anto anak ke kem Didik Berita Harian kat Ikip 5..tp..hati akak kata..prinsip akak lak menyokong..customer is priority n seriously in doing business..ewah..itulah yg menongkat semangat akak....

Sunday, June 22, 2008

TAJUK HARI INI..???


Hari ni nak cite apa ek..tak de yang menarik. Cuma hari ini jumpa Lan Chini kat Bukit Rangin Kuantan. Dalam pertemuan singkat tu..sempat la kami sembang hal2 berkaitan dengan bidang yang mengujakan ni...cendawan..cendawan..cendawan. Lan chini satu nama yang sgt dikenali di Pahang bagi pengusaha cendawan.Apa pun tq kat Lan sbb meluangkan masa untuk akak berbual dengannya..even rushing nak balik Seremban.


Dlm minggu..merupakan hari yang best bagi akak..yelah pertama kali juga jumpa ngan adik Planta..wa..dtg rumah akak tu..selepas 3 kali appointed tak jadi..Tq Planta..jgn lupa bila balik terengganu tu..transit rumah akak lagi ye.


Dpt msg dari beberapa individu yang da lama bergiat dlm bidang ni..waaaa..malu la...tp rasa bangga juga sebab mereka seolah2 mengalukan akak yang baru dlm bidang ni..tq pada semua..tq pada Syed Csu, Ayne dan Permai Desa.


Habuk kayu..satu bahan asas penting. Tp buat pengetahuan kwn2 di luar Kuantan..Bahan asas ni sgt susah didapati sekitar kawasan kami..sebb tu la akak selalu buat stok cm tu..jgn terperanjat la ngan treler tu ye..hehehe..dan tentunya harga tu tak murah sgt sbb semua pening ngan kos pengangkutan..tapi if nak diratiokan, ia masih mampu untuk memberi pulangan bila hasil cendawan smp ke end user(petik kata Kulat tuuu..).


Da la ek..mcm karangan budak sekolah la pulak..

Thursday, June 5, 2008


Laman rumah yang da 2 minggu tak dijenguk..yelah minggu-minggu sibuk diri kat bangsal cendawan..merajuk dah bunga-bunga tu!
Bongkah matang yang da siap sedia ke bangsal baru.... dihantar kepada pembeli ngan CBS**** akak je....

ni real tau..pertama kali tengok dan pegang mcm tak percaya..cantik sungguh struktur cendawan ni.

cuti sekolah..


cuti sekolah ni akak rasa macam tak cuti je..selain sibuk uruskan anak dengan kelas tambahannya...sibuk juga ngan bongkah-bongkah cendawan. Target cuma satu aje..nak habiskan habuk kayu yang ada dan penuhkan bangsal dengan bongkah-bongkah cendawan...


Satu hal lagi..ramai betul bertanyakan pasal habuk kayu dan bahan-bahan asas lain..alhamdullilah..inilah dikatakan rezeki kan..

Wednesday, May 21, 2008

Minggu ni agak memenatkan. ye lah terpaksa menjelajah beberapa kawasan untuk menghantar barang-barang pesanan. seronok juga rupanya bila dah kenal ramai orang. tentunya yang paling penting dapat mempelajari ilmu dari pengusaha cendawan yang lain.

Banyak juga gambar-gambar berkaitan my mushroom dlm kamera.cuma belum berpeluang untuk upload di sini..tunggulah satu hari nanti ye..