Thursday, July 10, 2008

Antara cita dan cinta



Bunga bakawali- putih dan bersih. Banyak kelopak dan agak harum masa kembang penuh.
Cantik sungguh dan kata orang tua-tua..inilah bunga kayangan..waaa..benarkah?


Tengok tajuk post tu..gerun tak..hehehe..tak de apa sebenarnya..cuma nak ckp seantero dunia..cendawan fokus akak, bunga dan nature adalah minat akak...itu je.asal ada bunga..mesti akak snap..buat koleksi..nama pun pompuan ek..
Hari ni akak baca post kawan-kawan..terima kasih pada Syed CSU, CM dan Permai Desa..walau tak kenal..tp akak ucapkan terima kasih sbb sentiasa beri sokongan pada akak n CKm..eh tau tak..awk awk nye blog pun akak selalu tgk tau...
Dan..dpt satu called..confirmation order 2k..alhamdullillah.



Wednesday, July 9, 2008

Pabila Cendawan Itu Kembang.....kembang jua semangatku !!!


gambar-gambar cendawan yang mengujakan di dalam bangsal
Banyak yang berlaku hari ni..akak dpt called dari ramai orang bertanyakan cendawan.Terima kasih pada En. Zainal sbb promotekan Cahaya Khadija kepada peserta kursus membuat cendawan anjuran Jabatan Pertanian Pahang. Petang tadi juga, akak didatangi oleh seorang pemuda yang pada hemat akak la..sgt berminat nak mulakan projek ni..
Ptg tadi juga..akak dapat keputusan yang mmg akak nantikan..akak dpt projek untuk membekalkan cendawan ke sebuah pasaraya di Kuantan..alhamdullilah..akak harap ini akan berterusan..tp..kelam kabut juga..sbb akak lack of supply..contact ramai kawan2..dan alhamdullilah..cukup juga kuantiti yg disyaratkan...esok..for sure..kerja2 pembungkusan la akan dilakukan

hari yang best...

Hari ni paling best la rasanya..akak dpt naik Nuri..ye lah orang kampung mcm akak ni, anak peneroka..mana la senang dpt peluang cm ni..dan yang pasti..buat sesaat..akak lupa perihal cendawan.

Thursday, July 3, 2008

Minggu yang tak cukup masa.


Pic anak sulung akak la ni..masa ni dia berumur 9 bulan..sekarang dah 12 tahun pun..kak yah mesti belajar bersungguh-sungguh tau..mama, papa dan adik-adik sentiasa doakan kejayaan kakak dlm UPSR nnt.
Minggu ni akak tak concerntrate langsung kat bangsal..tp lebih kepada memenuhi keperluan untuk menyediakan barang-barang asas untuk pembuatan bongkah mereka yang memerlukannya..barang-barang stok yg sampai minggu lepas pun akak lom bawa balik ke kg utk letak dlm stor..tak pe lah..buat masa sekarang barang-barang tu lepak je kat site terrace akak..hirup udara laut tiap-tiap petang..hehehehe.
Hari sabtu ni..abang ckp..jgn ada kerja lain..sabtu ni kena balik..jenguk bangsal..bongkah dah rindu akak lah tu..mak akak ada ckp..selasa lepas ada orang dari FELDA datang..nak interview akak..uiks..akak pelik gak..apa dan mengapa dorang nak jumpa akak. Nantilah akak wat appoinment ngan mereka..ish..cuak juga...nak taja akak belajar ke apa? yelah bila akak baca modul mesyuarat agung Koperasi..ada imbuhan untuk anak2 yg melanjutkan pelajaran..wa..kalau betul..akak la diantaranya..kena apply ni..rugi kalau tak apply...dan untuk kesekian kalinya ayat mak sebelum letak telefon.."kalau balik jgn lupa bawa cendawan jugak..sini tak cukup..orang beratur....."itu lah keadaan akak dan kawan-kawan pengusaha lain di sini..sentiasa tak cukup bekalan utk memenuhi permintaan orang ramai..

Sunday, June 29, 2008

Antara sejarah dan penemuan


Penghataran bongkah yang dijanjikan hari ini terpaksa dihantar semalam..transport problem..nasib baik adik yg mengorder sudi menerima.semalam dalam hujan lebat, dengan hari yang gelap dan juga sbb senja yang mmg nak gelap..hehehe...seme gelap bah..berjaya juga lah kerja-kerja pemindahan tu..ikut kiraan jam ..makan masa hampir 4 jam..start at 6pm ..end at 10.15pm..mujur ramai adik-adik yang menolong semasa proses pemindahan tu..dlm 8 orang kot!.

Melihat adik-adik ni..muda belia..hati akak terdetik..rezeki Allah di mana-mana dan mereka mmg grap peluang ni..dengan semangat dan kesungguhan..mereka bekerja..tekun..akak doakan mereka berjaya dalam bidang yang mereka terokai ini walaupun baru berusia 3 bulan.Dan mereka kalangan yang bertuah kerana di bawah naungan Pertubuhan Peladang Negeri Pahang...

Mereka buat cendawan ni secara share..5 orang...setiap tuaian akan dihantar kepada Peladang untuk diuruskan..bagus kan cm ni..tak yah nak fikir mana nak pasarkan..apa pun..tahniah juga untuk Peladang yang berinisiatif dalam pembangunan ekonomi bidangan luar bandar..wah..wah..major akak ni..Geografi Ekonomi maa..hehehe..

Saturday, June 28, 2008

Friday, June 27, 2008

customer is priority

Sedang wat keje2 rutin pagi tadi, akak dpt call dari sorang kawan..nak 8k bongkah katanya.terkunang2 akak..antara percaya ngan tidak..senyum tak senyum, bolehkah akak adakan permintaan adik akak yg sorang ni..?
Lama dulu dia mmg ada kata nak order bongkah ngan akak..tak sangka dia serius..tak sangka dia sorang yang tepati janji..alhamdullilah..Maha Kaya Allah. akak dpt penuhi impian adik akak sorang ni..dan insyaallah penghantaran akan dibuat Ahad nnt..AHAD..phew..akak da ilang satu sayap..adik yg byk tolong akak bertunang la pulak..nak tak nak akak kena jadi chief...mujur abang sayang ada..dan untuk kesekian kalinya..dia kena amik cuti tahun lagi..semua demi akak la..emm..byk nak pk AHAD ni..Peksa PTP akak,kerja sambilan akak, nak anto anak ke kem Didik Berita Harian kat Ikip 5..tp..hati akak kata..prinsip akak lak menyokong..customer is priority n seriously in doing business..ewah..itulah yg menongkat semangat akak....