Saturday, October 4, 2008

Singgah sebentar di IMPIAN MUSHROOM

Sedikit cerita untuk dikongsi..akak singgah sebentar di Impian Mushroom kepunyaan En. Rais...

Bangku yang diguna..kreatif..nak wat maintanance bongkah yang tinggi


Cendawan tiram putih pun ada...









Lama tak update blog sebenarnya.Tiada berita menarik nak dikongsi mungkin..cuma sesekali ber sms dengan rakan-rakan pengusaha..CKm masih menjalan aktiviti seperti biasa..ke bangsal, tuai cendawan, dan juga aktiviti rutin..supply ke pasaraya dan juga beberapa organisasi yang dah jadi pelanggan cendawan segar CKm..

Dalam bulan puasa ni, permintaan cendawan meningkat 40%. Lelah juga dalam memenuhi order, tp syukur ada beberapa rakan pengusaha sekitar membantu..kira dah jadi satu team..siapa tak cukup..masing-masing membantu....

aaa..dalam ramadhan lepas (16/9/08), sempat la akak singgah di Impian Mushroom..itu pun dari perjalanan balik dari Johor Bharu(umah mentua). Terima kasih pada En. Rais dan isteri P. Norizan atas layanan yang manis..sempat la melihat sekitar tempat operasi IM..kerdil je diri CKm kalau nak dibandingkan dengan IM..dalam kekaguman tu sempat juga akak snap beberapa gambar untuk dikongsi.